TIPS KECANTIKAN SEMULA JADI
Hidrasi yang Cukup
Ramai orang tidak sedar akan kepentingan minum air. Air akan membantu dalam pengeluaran minyak dari wajah. Selain itu, minum air secara teratur juga boleh mengeluarkan toksin dari badan.
KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA
Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.
SERBUK TEH DAN MADU
Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.
KURANGKAN MENYENTUH WAJAH
Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan. Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
TIDUR SEKURANG-KURANGNYA 8 JAM
Cukup Tidur adalah cara semula jadi untuk menjana semula sel-sel kulit mati dan rosak. Mendapat tidur yang cukup setiap malam akan menjadikan kulit anda lebih muda, licin dan berseri. Anda perlu tahu bahawa badan anda tahu kaedah terbaik untuk memperbaiki struktur kulit yang terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas. Oleh itu, pastikan anda mempunyai cukup tidur setiap hari, tidak perlu kekal jika anda tidak perlu.
Comments
Post a Comment